Bab 2

Saturday, January 8, 2011

Sebab tahu hari itu hari Sabtu, Yoori memang sengaja bangun lewat. Tapi tidaklah selewat mana. Dalam istilah seorang gadis bernama Yoori ini, pukul lapan pagi pun sudah dikira lewat sebenarnya.

Kebiasaan apabila bangun di waktu pagi. Muka akan membengkak (bloat). Rambut akan jadi macam setahun tak pernah dibasuh. Dengan pijama yang masih tersarung di tubuh, Yoori berjalan malas menuju ke pintu rumahnya. Sambil itu, dia menggaru-garu kepalanya sambil menutup mulut yang sangap.

Ayahnya, Pak Cik Sooro awal-awal sudah meninggalkan rumah itu untuk ke kedai buah-buahannya. Rutin wajib pada awal pagi hari Sabtu, buah-buahan segar akan tiba di kedainya. Sementara itu, Yoona masih lagi berbaring walaupun sudah separa terjaga.

Pintu rumah dibuka. Yoori melontar pandangan ke sekeliling rumahnya. Mujurlah sekarang rumahnya terletak di atas bangunan yang tinggi. Jadi, tiada sesiapapun akan perasan. Almaklumlah, betapa tidak manisnya untuk gadis bujang seperti Yoori menggeliat di hadapan pintu rumah dengan keadaan muka yang masih belum berbasuh dan masih berpakaian pijama. Isy... Isy... Isy...

"Eh?" Yoori rasa aneh.

Dia terlihat sekeping kad kecil tertelangkup betul-betul di hadapan pintu rumahnya. Yoori membongkokkan badan lalu kad kecil itu dicapainya.

TUTOR PERIBADI DIPERLUKAN
UNTUK PELAJAR 12 TAHUN
Sila hubungi: 0**-***********
Alamat: Villa Chaensung ...

Kening Yoori bercantum ketika usai membaca tulisan-tulisan di atas kad kecil itu. Ligat kepalanya memikirkan satu persoalan. 

Yoori rasa aneh. Baru semalam dia menyatakan hasrat untuk menjadi tutor. Selain bapanya, satu-satunya orang dia beritahu ialah Hiro. Hmm... Tak mungkin dalam sehari sahaja dia sudah mendapat tawaran untuk menjadi tutor. 

Dada Yoori penuh dengan syak wasangka. Siapa pula yang sanggup menghantar tawaran kepadanya, dengan menaiki tangga empat tingkat di depan pintu rumahnya?

"Sarapan pagi, kak? Nak mi ramen sekali? Yoona boleh buatkan." Pelawaan Yoona memutuskan lamunan Yoori.

Yoori menoleh ke belakang. Sejenak dia masuk semula ke dalam rumahnya. Di tangannya masih tergenggam kad kecil itu tadi.

Otaknya masih terfikir-fikir tentang tawaran itu. Mengajar budak 12 tahun? Rasanya, dia boleh lepas kot. Tambah-tambah lagi, rumah bakal anak muridnya nanti adalah sebuah villa. Villa. Bukan calang-calang orang boleh tinggal dalam sebuah villa. Mesti besar gedabak rumah budak ni. Yoori mencongak-congak. "Boleh jugak."

"Akak nak berapa bungkus?"

"Hmm?" Yoori tidak faham. Beberapa ketika baru dia tersedar. 'Boleh jugak' yang dia maksudkan adalah berkaitan tawaran menjadi tutor itu. Dan Yoona pula menganggap 'boleh jugak' itu adalah respons soalan yang ditanyanya terlebih dahulu.

Apapun kisahnya, jawapannya tetap sama. Sebab Yoori pun sudah lapar sebenarnya.
"Satu cukup. Yoona ingat akak ni kuat makan sangat ke?"

"Agaklah..." usik Yoona sambil tergelak.

*****

Berkepul-kepul asap keluar dari mangkuk mi ramen itu. Aroma baunya sahaja sudah cukup mengecurkan air liur. Apatah lagi bagi perut yang masih belum berisi.

Yoona nampak cukup berselera menikmati mi ramen. Tapi Yoori masih blur dengan tawaran menjadi tutor itu. Seolah-olah memikirkan urusan kerajaan lagaknya. Mi ramen itu dinikmati dengan selera yang ala kadar.

Yoona memerhatikan tingkah lain macam kakaknya. "Kad apa tu? Kad hutang ke?"

"Aisy... Bukanlah!"

"Habis tu?" 

"Ingat tak akak pernah rancang nak jadi tutor? Akak dah dapat satu tawaran tahu?"

"Tapi ayah tak kasik, Kak Yoori. Ayah mesti bantah."

"Menjadi tutor bukannya kerja yang berat pun. Akak cuma perlu ajar budak 12 tahun. Kalaupun sehari akak ajarnya, berapa banyak duit akak boleh dapat?" ujar Yoori. 

"Budak yang bakal akak tutorkan nanti ni, kaya sangat ke?"

"Hmm... Mungkin kot. Sebab dia tinggal kat dalam sebuah villa."

"Owh..."

Yoori mengamat-amati lagi kad kecil itu. Villa Chaensung... Rasanya, tidak jauh sangat dari rumahnya ini. Sebab... entahlah. Yoori rasa macam pernah dengar nama villa itu.

"Tak sangka sebab Yoona bantu semalam, rumah ni makin cantik, ek?" Yoona mula buat loyar buruk.

Yoori jeling lalu jelir lidah. Dia tahu adiknya sekadar bergurau. 

"Tapi kawan-kawan akak kebanyakannya nampak kekok semacam. Abang Hiro mengecat macam tak pernah mengecat. Abang Kibum lagilah. Sampai terpatah batang cat. Dan Kak IU pulak, pantang nampak lipas. Dahlah tu. Mengecat macam dinding tu dinding puaka. Takut sangat. Cuma Abang Eli je yang nampak mahir. Mengecat macam sapu planta kat roti," celoteh Yoona.

"Itu komen Yoona? Hahaha! Tak apalah. Sekurang-kurangnya dia orang bekerja keras nak tolong kita," kata Yoori, tidak berupaya menahan gelaknya.
*****

Tengah hari itu, Yoori berbasikal di sekitar kawasan itu. Dia mahu ke Villa Chaensung. Selain melihat sendiri rumah bakal anak didiknya nanti, dia mahu berunding dengan ibu bapa atau sekurang-kurangnya penjaga budak itu.

Keterujaannya membuak-buak. Tugas tutor untuk budak 12 tahun baginya amat mudah. Satu bonus rasanya apabila melakukan sesuatu kerja yang mudah tetapi menerima gaji yang agak tinggi.

Kepala Yoori tertinjau-tinjau. Kad kecil itu dipegang erat di tangannya. 

Yoori terperasan perkataan 'Villa Chaensung' pada pagar dinding di hadapan sebuah villa. Yoori langsung turun dari basikalnya. Mulutnya ternganga luas. Pertama kali dia melihat villa semewah itu dalam sepanjang dia hidup.

Yoori memeriksa alamat rumah itu dengan kad di tangannya. Khuatir kalau tersalah rumah. Tapi tidak syak lagi, memang inilah rumahnya. 
*****

"Cik mahu apa?" tanya seorang pengawal di hadapan pintu pagar villa itu.

"Err... Tumpang tanya, betul ke tuan villa ni perlukan tutor untuk budak 12 tahun? Sebab saya terima kad ni di..."

"Oh, awak ke orangnya?" Pengawal itu lekas memintas kata-kata Yoori sebaik sahaja melihat sekeping kad yang diunjukkan Yoori. "Silakan masuk. Saya pasti tuan sedang menantikan kehadiran awak," kata pengawal itu.

"Baiklah. Terima kasih."


"Akak ke yang abang saya kata bagus sangat?" Pertanyaan budak itu memantak pendengaran Yoori. Rasa mahu pecah gegendang telinganya ini. Kurang ajarnya!

"Err... Bolehlah. Tapi, nama adik siapa ek?"

Budak lelaki itu enggan melayan. Yoori herot bibir. Hmm... 

"Siapa abang adik?" tanya Yoori lagi.

"Cik, tuan mahu berjumpa," kata pembantu lelaki tua tadi. Yoori akur. Dia keluar dari bilik itu.
*****

"APA?! Awak?!"

Yoori terperanjat bukan main. Hiro tergelak halus.
******

Kata orang, makin banyak kelebihan seseorang itu, makin banyak tanggungjawab yang harus digalasnya. Tapi dalam kes ini, makin besar villa tu, makin besar kepala isi rumahnya yang perlu dikecilkan semula. Merong.

7 komen:

Nina Aziz said...

hahhaa....
dh agk dh mesti keje hiro...
wahh~mesti adik die brat cm adik baek seung jo dlm playful kiss kn??hehehe

Hasif Hamsyari said...

hehe..
abg dye si Hiro x macam Baek Sung Jo yg dingin 24 jam. Plus, klu Eun Jo Playful Kiss suke kat budak sebaya kat skola dye, adik Hiro ni pulak suke kat sape agak2. hehe

Pff... Terlepas cakap sudeh...

Ayumiyoshida said...

hahaha,, nakal giler budak tu ekk nanti?

Haruno Hana 하나 said...

apalah..
haha
hiro punya kerja ya?
betul kata nina tu, jgn cam adik seung jo tu dahla
haha
^^

Hasif Hamsyari said...

ayumiyoshida> dye tak nakal just terlalu cold. haha. ala-ala sombong tp tak sebenarnya...

kak haruno> yup. hiro. adik seung jo? ini versi lagi ekstrem. haha... sy naik lif tekan sendiri. sori...

wAtashiwa Nemo-cHan said...

tet~~~~ hye hasif... <--- pergh.... bajet ko kenai baik je dgn budak nieh bleh bermain hye2 plak kan? hahaha

salam hasif.... punyalah gegeh akak marathon cerita kamu... huhuhu... penangan xleh tido.. ku layan saja... hahahah... tp kan... akak baru je tgk Playfull Kiss... tp... awat daku xprasan pun persamaan cerita nieh? ha?...

thumbs up la utk hasif yg boleh bawa akak kluar dr mengharapkan sesuatu yg sama seperti drama2 KPOP tuh.... huhuhu....

next... wosh!!!

Nor Azlina said...

nice story...yoori & hiro friends dari kecik ke?

Post a Comment

Wanna Be Your Love Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino