Bab 9

Tuesday, December 20, 2011

Eli tunduk. Kekecewaannya menjadikan suasana perbualan mereka awkward. 

Yoona intai dari jauh. Bercantum keningnya melihat Eli yang lain dari kebiasaannya. 

“Aku… kena keluar sekejap. Dalam tengah hari nanti aku datang kedai balik,” kata Yoori. Dia perlu segera ke villa Hiro. Tugas dan amanahnya perlu dilakukan dengan segera. 

“Kau nak pergi mana?” 

Yoori garu kepala. Aduh. Mana aku nak pandang ni? Sumpah, dia tidak sanggup pandang muka Eli.  Dia serba salah. 

“Err… Hmm… Aku keluar sekejap aje. Tak perlu kot kau tau… Hehe…” Yoori buat senyum kerang busuk versi comel. 

Tapi Eli pamer muka kosong. 

Oh, tolonglah. Melarikan diri dari suasana aneh itu lebih tepat alasannya. Sebab sekarang baru tiga minit melebihi sembilan pagi. Sedangkan dia sepatutnya ke Villa Chaensung itu pada sepuluh pagi.

Yoori cepat-cepat naik basikalnya, diundur ke belakang lalu dikayuh laju. Dan kemudian perlahan. 

Eli raup muka. ‘Kenapa dengan aku…? Aku tak sepatutnya buat dia tak selesa macam tu…’ rungutnya dalam hati. 
 *****

YOONA pandang kakaknya melepasi kedai dengan basikalnya. Dia yakin, gopoh-gapah kakaknya kala itu memustahilkannya untuk menyedari kewujudan Yoona di sebalik pintu kedai itu. 

Dan kemudian pandangannya tumpah pada Eli di pankin kecil itu. Keseorangan. 

Lalu Yoona menghampiri. 

“Abang Eli…” tegurnya lembut. 

Eli pandang Yoona. Dia senyum. Tapi nampak sangat senyumannya palsu. 

“Abang Eli nampak lain macam je hari ni?” tanya Yoona. 

“Kalau abang ada apa-apa masalah, kongsikan jelah dengan Yoona...” 

“Terima kasih...”

Dari pandangan Eli ketika melafazkan ‘terima kasih’, Yoona tahu Eli tidak yakin dengannya. Ini mesti satu rahsia.

Yoona duduk di sebelah Eli. “Yoona dah tau macam-macam pasal abang. Yoona tahu abang sukakan Girls Generation sebab ada SeoHyun tapi abang tak suka YongHwa CNBlue sebab pernah jadi suami sementara SeoHyun dalam We Got Married.

Yoona tau abang sukakan strawberry shortcake buatan Kak Yoori dan abang takkan makan strawberry shortcake buatan orang lain. 

"Dan Yoona tau...” Tiba-tiba Yoona berjeda. Eli yang tersenyum mendengar kata-kata Yoona memandangnya. 

“Tahu apalagi?” 

“Yoona tahu abang kerja semalam untuk bantu lunaskan hutang sewa kedai ni,” ujar Yoona.

Mata Eli membulat. “Macam mana...?” 

“Yoona dengar abang berbual dengan telefon kata abang perlukan kerja daripada kawan abang. Dan malam semalam abang datang rumah tapi abang patah balik sebab nampak Kak Yoori dengan Abang Hiro.” 

Eli mati akal. Yoona memang bahaya. Mata dan telinganya macam ada di mana-mana. Psikik ke apa budak ni? 

Eli mengeluh. “Yoona hantar jin jaga abang ke? Sampai tahu semuanya...” 

Yoona gelak. “So, beritahulah. Kenapa abang hari ni?” 

Yoona memang naif. Dengan segala yang diketahuinya, dia barangkali sudah tahu betapa Eli cintakan Yoori. Tapi Yoona masih kabur dengan semua itu. 

Eli tunduk diam. Kemudian mengangkat mukanya semula. Adik kepada Yoori itu ditenung dalam-dalam. 

“Yoona jangan beritahu sesiapa tentang perkara ni, okey?” Eli mohon ihsan. Kedua-dua belah tapak tangan Yoori digenggam erat, penuh mengharap. 

Dan Eli mula menceritakan segalanya. Tentang rasa cintanya pada Yoori, tentang Yoori yang keluar dengan Hiro semalam, tentang gambar-gambar dalam kamera baru lagi mewah Yoori dan tentang perubahan baru Yoori hari ini yang Yoona sendiri tidak tahu-menahu. 

Dahi Yoona terus-terusan berkerut. Dia simpati dengan Eli. Antara Hiro, Eli dan Kibum, dia paling rapat dengan Eli. Malah, Eli kerap memberikannya hadiah setiap kali singgah di kedai buah-buahannya. 

Sepanjang dia mengenali Eli, dia melihat Eli sebagai seorang lelaki yang happy-go-lucky. Eli selalu tergelak dan bikin lawak yang cukup menenangkan hati. Siapa sangka, dalam diam lelaki itu sedang menanggung sebeban rasa kecewa. 

Yoona pula dalam dilema. Apa harus dia lakukan sekarang? Dia tidak mahu membuatkan kakaknya, Yoori terperanjat dengan perkara ini sekiranya diberitahu. Tapi, dia tidak pula sanggup melihat Eli terus-terusan menanggung harapan dan kekecewaan seorang diri. 

Yoona kemam bibir. Seketika kemudian, dia mengangguk.

Eli melepaskan genggaman. Dia tersenyum kelat. Sekurang-kurangnya dia berpuas hati. Ada juga tempat untuk dia meluahkan rasa kecewa. Walaupun Yoona muda dua tahun berbanding dirinya, tetapi Yoona cukup memahami. 

Yoona senyum tawar. Rasa simpatinya masih menebal. Dan makin tebal. 
***** 

Seperti biasa, sebaik tiba di cerun vila itu, dia menuntun sahaja basikalnya. Tidak mungkin dia akan berkayuh. Kalau patah kakinya dapat insuran ribu-ribu tidak apalah juga.

Yoori melepasi pintu kecil di sebelah pondok pengawal dengan mudah. Pengawal itu sudah makin mengenalinya. 

Yoori tiba-tiba terhenti selepas beberapa langkah melepasi pondok pengawal itu dengan basikalnya. Dia berundur tiga langkah ke belakang dan pengawal dalam usia dekat 30-an itu dipanggilnya. 

“Saya minta maaf, tapi boleh tak kalau saya nak tumpang parkir basikal saya ni kat belakang pondok ni?” pinta Yoori. 

“Oh, tak kisah. Silakan, cik,” kata pengawal itu ramah. 

“Tolong jagakan sekali, ya?” 

“Saya tak dibayar untuk memanaskan buntut semata-mata, cik.”  Pengawal itu gelak sendiri. Yoori senyum kelat. Gurauan atau barangkali perlian pengawal lengkap seragam itu agak keterlaluan baginya. 
***** 

Yoori tertunduk-tunduk setiap kali bertembung dengan orang-orang gaji di rumah itu yang terlebih dahulu tunduk kepadanya. Mereka nampak semacam telah mengenalinya sekian lama. 

Yoori keluar masuk setiap simpang. Bilik Dong Jun, anak didiknya dicari-cari merata tempat. 

‘Matilah... Aku dah sesat.’ Hatinya mengeluh. 

“Cik, boleh tolong saya? Dekat mana bilik Tuan Muda Dong Jun, ya?” katanya kepada seorang orang gaji yang masih muda.

Tanpa membantah, gadis itu membawanya terus ke bilik Dong Jun. Diketuknya beberapa kali sebelum dia masuk dan melihat Dong Jun sedang melayan filem seram dengan bunyi dentuman menggegar bilik itu. 

Konsentrasi Dong Jun terganggu. Dia memandang Yoori hanya sekilas lalu menumpukan perhatiannya pada filem itu. 

Bilik yang dahulunya terang jadi gelap gelita. Tirai cermin ditutup kesemuanya. Bilik itu sudah seperti sebuah panggung wayang tapi dengan layar berupa tv LCD 42 inci sahaja. 

Yoori mendekati. “Jom studi.” 

“Ada setengah jam lagi. Tempat kau bukan kat sini.” 

PERGH! Ayat sangatlah ‘comel’.... 

Yoori duduk tanpa izin di atas katil itu. “Tak apalah. Tiga puluh minit ni kira servis percuma.” 

“Terima kasih jelah,” balas Dong Jun, endah tak endah. 

Yoori tonton filem itu sama. Filem genre seram bukan kegemarannya. Dia penakut. Sampailah Dong Jun yang berusia muda dua tahun dari Yoori itu tiba-tiba bersuara. 

“Kau tak kisah ke duduk dalam gelap dengan aku macam ni? Aku ni lelaki tau?” 

ERK!

Wanna Be Your Love Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino