Bab 4

Saturday, January 22, 2011

HIRO tersenyum memandang Yoori di depan pintu biliknya.

"Macam mana... Betul ke... Eh, apa ni?" Yoori kalut. "Maksudnya... kau ke yang hantar tawaran jadi tutor tu kat depan pintu rumah aku?" tanya Yoori.

"You know who..."

"Apa 'you know who', 'you know who'? Buatnya aku fikir yang hantar tu Voldemort apa nak jawab?" Yoori mula melalut. "Kau dah rancang semua ni?"

"Rilekslah. Tak payah nak kalut entah apa-apa. Macamlah aku ni orang jahat segala," kata Hiro sambil melangkah mendekati Yoori. Yoori perhati Hiro mendekatinya dengan perasaan curiga.

Tambah menyesakkan nafas bilamana Hiro menarik tangan kanan Yoori, di bawa ke bahagian kamar tidurnya.

"Kau nak bawak aku pergi mana ni?"

Hiro mendecit. "Ada sesuatu aku nak bagi kau. Benda yang kau tak dapat selama ni," kata Hiro sambil memandang nakal kepada Yoori. Siap kenyitkan mata.

Hiro melepaskan pegangan tangan. Dia pergi ke almari baju. Dengan penuh curiga membiarkan Yoori terpinga-pinga dan gabra tahap tak tahu nak buat apa.

"Kk... Kau... nak buat apa, weyh!"

Ketika Hiro mengenyitkan matanya kepada Yoori tadi, Yoori cepat-cepat melarikan pandangannya. Dia memandang ke arah lain sambil menutup pandangannya ke arah Hiro dengan telapak tangannya.

Hiro tersenyum sambil menghembus nafas. Setelah mencapai benda yang diingininya, dia menutup kembali pintu almari itu lalu mendekati Yoori yang masih mahu mengelak daripada memandangnya.

"Jangan cakap kat aku yang kau dah bukak baju!" Yoori cemas.

Hiro tergelak. "Kau buat lawak antarabangsa dari mana ni? Bongok je. Alihkan tangan tu. Cepat."

"Tak nak."

"Jangan buat aku paksa." Hiro bernada mengugut.

"Buatlah."

Dan Hiro benar-benar memegang tangan Yoori. Mata mereka bertemu.

"Kau fikir apa sampai kata aku bukak baju? Aku nak bagi kau ni, bijak. Kamera," kata Hiro sambil mengunjukkan sebuah kamera digital comel berwarna merah jambu kepada Yoori.

"Eh?"

"Tak payah buat muka terkejut pulaklah," ujar Hiro ketika melihat mulut Yoori sudah terlopong melihat kamera itu. Dengan rasa teruja, dia menyambut hadiah itu tanpa rasa segan langsung.

"Macam mana aku tak terkejut. Kau ingat aku ni witch ke, pandai nak ramal masa depan. Sampai buat aku fikir bukan-bukan. Kejam." Yoori berkata sambil menjeling pada Hiro.

"Aku taulah kau ni kawan aku, tapi tak boleh ke kau ucap terima kasih kat orang yang dah bagi kau hadiah?"

Yoori sengih kerang busuk. "Hehe.. Terima kasih. Tau-tau je kau apa yang aku nak."

Yoori kembali membelek-belek kamera itu. Beberapa ketika membelek-beleknya, Yoori berasa aneh.

"Tapi, apa masalah kau tiba-tiba nak bagi hadiah kat aku? Sempena hari jadi aku ke? Bila ek?"

"Aigoo... Dasar luruslah kau ni. Kamera tu sebagai ucapan tahniah dengan rumah baru kau."

"Ah... Okey. Thank you... Berbaloi ada kawan yang kaya lagi pemurah macam kau. Haha!" kata Yoori dengan gembira.

"Lagi satu..."

"Satu lagi?"

"Sebab kau jadi tutor adik aku."

Kata-kata Hiro buat Yoori teringat dengan budak lelaki bernama Dong Jun tadi.


"Betul ke tu adik kau?" Yoori bertanya, membuak-buak rasa ingin tahu. Kamera tadi tidak berjaya meraih tumpuannya lagi.


"Kenapa? Bukan muka aku ada iras dengan dia ke?"

"Memanglah. Tapi kalau tengok pada muka je, tak semestinya kita boleh kata seseorang tu adik-beradik. Contohnya, kalau muka kau macam katak, takkan kau adik beradik katak pulak?"

"Bongok kau! Tak ada haiwan yang lagi sesuai ke dengan muka aku. Katak. Ceh!"

"Hehe... Sorry. Gurau je.."

"Dah. Jom ikut aku turun bawah. Minum sikit."

*****
Melihat keadaan Yoori, gadis ayu yang selekeh itu nampak tidak ubah macam rusa masuk kampung. Sepanjang perjalanan ke dapur, Yoori tidak kering air liur menyebut 'wah', 'wah', 'wah' beribu kali.

Tambah mendidihkan hati, apa yang Hiro mahu katakan pun dia tidak endahkan. Sudahnya, Hiro mengalah.
"Tak payah pandang keliling dalam rumah aku ni lama-lama. Tak baik tau." Hiro bengang sebenarnya.

"Rumah? Kau kata ni rumah?! Ini istana tahu? Aku tak pernah tahu aku ada kawan yang rumahnya besar gedabak macam... macam... isy. Nak kata hotel boleh, istana boleh, kayangan pun boleh."

"Hmm.. Hotel. Kau pun tahu ayah aku kerja apa kan? Pengurus besar rangkaian Hotel Urban Palace."

"Ah... Hihihi. Aku betul-betul pelupa bila masuk villa ni."

"Duduklah," pelawa Hiro.

Yoori menurut. Dia melabuhkan punggung atas kerusi di hujung sebuah meja yang agak panjang. Hiro duduk berhadapan dengannya.

Tidak berapa lama kemudian, seorang pelayan datang dengan membawa dulang hitam yang mana terdapat segelas jus tembikai susu, sepinggan buah tembikai susu yang telah dipotong kecil-kecil berbentuk kiub, segelas jus strawberi dengan sepinggan... sepinggan... strawbery shortcake!

Mata Yoori membulat bagai mahu tercabut melihat pencuci mulut yang sangatlah memukau segala deria. Kecur air liurnya.. Malah nyaris meleleh!

"Kau masih nak tahu pasal adik aku si Dong Jun tu ke?" tanya Hiro, agak terganggu apabila sedari tadi lagi Yoori tidak memberikan tumpuan kepadanya.

"Hmm? Oh. Ha'ah,"  jawab Yoori lalu menyuap mulutnya dengan straberry shortcake itu menggunakan sudu.

"Tapi, kenapa kau tak rasa dia tu adik aku sedangkan muka kita orang seiras. Tolak ketepi sekejap alasan tak konkrit kau pasal katak tadi. Aku nak alasan yang lebih jelas," kata Hiro sambil mencucuk garfu pada kiub tembikai susu itu sebelum menyuakannya ke dalam mulut dengan tenang.

Yoori sempat sengih. "Iyalah... Kau yang aku kenal, banyak loyar buruk, suka menyakat, happy-go-lucky. Tapi, adik kau tu, macam kontra gila dengan sifat-sifat yang ada pada kau sebagai abang dia."

"Ha! Ha! Itu ke sebabnya? Apa boleh aku katakan lagi? Hmm.. Satu-satunya adik aku tu memang macam tu. Dia tak pandai bergaul. Jadi, dia susah sikit dapat kawan." 

Kali ini, Yoori menumpukan sepenuh perhatian. Sifat-sifat bakal anak didiknya perlu dikaji. Sekurang-kurangnya, dia dapat kenalpasti apa-apa kelemahan Dong Jun. Dengan cara itu, dapatlah dia kenakan budak kurang ajar itu kalau-kalau dia cari fasal lagi.

"Aku tak berani nak tegur dia, risau dia kecik hati pulak nanti. Sebab, walaupun kau nampak adik aku tu agak ego dan sombong, tapi dia tu sensitif sikit. Jadi, aku harap kau pun berhati-hatilah bila ajar dia nanti. Aku sayangkan dia sebab cuma dia jelah satu-satunya adik aku. Lagipun, mak ayah aku sangat sibuk dengan urusan masing-masing. Jadi, aku rasa betul-betul bertanggungjawab dengan dia."

Yoori mengangguk-angguk, mengerti. 

"Adik aku tu memang dah bijak tahap genius. Serius aku cakap, kau pun mungkin akan rasa tercabar dengan dia. Cuma, aku nak jadikan kau tutor dia bukan setakat ajarkan tentang pelajaran, malah didik dia dengan nilai-nilai kehidupan yang baik supaya dia dapat jalani kehidupan dia macam budak-budak yang lain.

Jadi, boleh kau terima tanggungjawab sebagai tutor dia?"
Pertanyaan Hiro membuatkan Yoori teragak-agak mahu menjawab. Semakin perlahan dia menikmati pencuci mulut itu.

"Kalau pasal gaji, kau tak payah risau. Berapa banyak yang kau nak pun aku boleh sediakan. Aku letak harapan tinggi pada kau sebab aku yakin kau boleh buat. Tolong aku," kata Hiro, penuh mengharap.

Yoori memandang strawberry shortcake itu agak lama. Memikir-mikirkan kewajaran untuk dia menjadi tutor Dong Jun.

Selepas beberapa ketika menyedari Hiro memandangnya penuh serius, Yoori lekas memecahkan suasana yang agak janggal itu.

"Tak payahlah cakap emosional macam tu. Buat bulu roma aku ni meremang je."

"Jadi, boleh tak?"

"Aku bukanlah tutor yang hebat mana pun. Aku risau aku tak dapat penuhi niat kau."

"Aku yakin dengan kau, Yoori."

"Hmm..." Yoori tarik nafas dalam-dalam. "Aku terima. Tapi tengoklah macam mana, aku tak boleh optimis gila yang aku dapat lakukannya dengan baik tau. Tapi, aku akan cuba yang terbaik."

Hiro nampak benar-benar lega.

"Terima kasih, Yoori. Harap kau boleh datang sini setiap pagi hari Sabtu, Ahad dan malam Rabu. Boleh?"

"Tiga hari? Berapa jam?"

"Hmm.. Dalam dua jam?"

"Lamanya... Tapi. Okeylah. Janji kau bayar aku."
"Semestinya."

"Tapi kan."
"Tapi apa?" Hiro cepat kaget.

"Boleh tak aku nak mintak satu lagi strawberry shortcake ni. Dah lama tak buat, rasa sedaplah pulak," kata Yoori sambil tersengih-sengih.

Bikin gempak je minah ni. 

"Ya.. Ya.. Boleh je," kata Hiro.

Tidak beberapa lama selepas Hiro memesan, pencuci mulut itu pun sampai ke meja Yoori buat kali kedua.

Gadis itu nampak benar-benar berselera.

"Bukan kau pakar ke dalam buat dessert ni semua. Lagi-lagi kalau dessert buah-buahan. Kat kedai kau kan ada macam-macam buah."

"Kalau aku makan buah-buah tu setiap hari, boleh bankrap tau tak."

Hiro mengangguk.

Selesai menikmatinya, Yoori bersedia untuk pulang ke rumahnya.

"Kau ada apa-apa nak beritahu aku lagi ke?" tanya Yoori.

"Tak ada apa-apa rasanya. Cuma, kalau kau datang sini, tolonglah pakai pakaian yang lagi feminin dan elok sikit. Kau pakai selekeh macam ni macam kau kerja bertukang tahu?"


Yoori sengih malu. "Yalah.. Yalah..."

Yoori mencapai begnya. Hiro cuma memerhati gadis itu meninggalkan villa itu. 
Yoori tidak sedar. Menunaikan tanggungjawabnya kali ini bukan sesukar yang disangka. Tapi sesukar yang tidak tersangka.

4 komen:

Nina Aziz said...

hoohoh...ske2..
hehe
sorry2 yg cmmnt b4 this...
xprasan bce preview skali...

Haruno Hana 하나 said...

haha
suka3
boleh bayangkan muka Jae yg pastinya kelat semacam time Yoori kata pasal katak tue..
ahahahaha
XD

Hasif Hamsyari said...

Kak Nina> TQ, kak. =)

Kak Hana> TQ, kak. Hihi. =)

cylabora said...

sampai bab 4... bab paling kelakar.. i like!

Post a Comment

Wanna Be Your Love Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino