Bab 8

Wednesday, March 16, 2011

Ceria betul Yoori kerja di kedai buah-buahan itu. Siap berlagu-lagu. Lagu TVXQ, Big Bang, JYJ, Girls Generation, 4Minute, T-Ara, Beast, FT Island semuanya keluar. Mulut Yoori sudah serupa corong radio!

Teringat-ingat Yoori waktu keluar berdua-duaan dengan Hiro semalam. Dia rasa sangat senang sekali berada di samping lelaki itu. Tidak kisahlah sampai bergaduh atau berbalah, itu hanya akan merapatkan hubungan mereka.

Hubungan???

Dan terima kasih kepada Hiro, kedai buah-buahan milik keluarganya kini berjaya diselamatkan. Kedai ini boleh beroperasi seperti biasa. Tambah melegakan hati, dengan sejumlah wang yang diberikan Hiro, hutang-hutang terdahulu juga semuanya telah diselesaikan.

Eli datang. Dia berdiri sambil tersenyum saat terpandangkan Pak Cik Sooro. Tapi, apabila pandangannya tumpah pada sepasang mata Yoori, senyumnya langsung pudar walaupun Yoori ketika itu sudah tersengih sampai ke telinga menyambut Eli siap dengan tangan kanannya melambai-lambai.

"Abang Eli!" Yoona, si adik Yoori mengembalikan semula senyuman di bibir Eli. Adik Yoona yang seorang itu sedang tekun mengulang kaji pelajarannya. Tumpuannya lekas teralih sebaik terlihat Eli di muka pintu kedai buah-buahan keluarganya.

Eli melarikan pandangan. Tidak sanggup rasanya mahu bertentangan mata dengan Yoori. Hati kecilnya rasa terhina apabila melihat Yoori dengan Hiro malam tadi.

Yoona berlari-lari anak ke arah Eli. Sejurus sampai, dia memeluk Eli erat-erat. Terpejam matanya.
"Kedai kitorang tak jadi tutup!" beritahu Yoona.

Eli tunduk. Masakan dia tidak boleh mengagak situasi itu. Langsung dia terimbau, sejumlah wang bertukar tangan daripada Hiro kepada Yoori malam tadi.

Sebagai membalas kata-kata Yoona, Eli cuma menghadiahkan segaris senyuman tawar.

*****

YOORI tidak tahu apa penyakit Eli sampai tiba-tiba tidak mahu mempedulikannya hari ini. Baik bapanya mahupun adik kesayangannya, kedua-dua itu pun pasti akan perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan perangai Eli hari ini.

Eli bukan setakat sentiasa mengelak daripada bertembung atau berbual dengan Yoori, malah Eli seboleh-bolehnya tidak mahu pandang muka Yoori walau sekilas. Kalaupun terpandang, nampak sangat rupa orang tidak sudi.

Yoori sedikit terasa hati. Iyalah, selama ini dia berkawan rapat dengan Eli. Serasa antara mereka ada chemistry. Alih-alih, Eli buat hal. Kepala dia masuk airkah?

Yoori pulang ke rumah tengah hari itu. Katanya, dia perlu bersiap-siap. Ada kelas tutor. Siapa lagi kalau bukan dengan adik Hiro bernama Dong Jun itu. Akan tetapi, tidak siapa yang tahu siapakah anak didiknya itu melainkan Yoona.

Sepatutnya, kelas tutor pada hari Ahad. Memandangkan hari Ahadnya iaitu semalam sudah terisi penuh dengan Hiro, dia tidak dapat mengajarkan Dong Jun. Hiro juga tidak beri pelepasan percuma kepada Yoori. Jadi, kelas tutor yang sepatutnya pada hari Ahad itu akhirnya ditunda ke hari ini.

"Okey," respon Pak Cik Sooro dan Yoona.

Seketika selepas Yoori pergi, Pak Cik Sooro minta izin mahu ke tandas. Perutnya terasa memulas tiba-tiba. Sempat dia berpesan kepada Eli, minta tolong dijagakan kedainya ini sebentar.

Eli yang baru hendak memunggah buah oren dari tangguk hanya membalas dengan anggukan lemah. Satu per satu buah oren itu diletakkan. Buah-buahan itu tidak boleh diletakkan dengan kasar. Dikhuatiri akan lebam.

Tiba-tiba, Eli terlihat sebuah kamera kompak yang kecil berwarna merah jambu.

Dia tidak tahu siapakah empunya kamera itu. Akan tetapi, hatinya bagai digamit-gamit untuk melihat kamera itu.

Tangguk itu diletakkan sebentar di atas para. Punat 'on' kamera itu ditekan.

Eli hampir sesak nafas. Melihat direktori gambarnya penuh dengan gambar-gambar Hiro dan Yoori berdua.

*****

SEBELUM pergi ke Villa Chaensung, Yoori singgah ke kedai buah-buahan keluarganya semula. Dia mahu berjumpa dengan Eli dan jernihkan semuanya.

Semacam peperiksaan, untuk mendapatkan jawapan perlu ada teknik-tekniknya. Dan Yoori dengan kepakarannya membuat dua strawberry shortcake. 

Eli memang nampak tidak sudi untuk berbual dengannya. Tapi, mujurlah lelaki itu tidak menolak apabila diajak berbual di pankin kecil di hadapan kedai itu.

Sepiring strawberry shortcake dihulur. Eli teragak-agak mahu menyambut.


Seketika tadi, Yoori bukan berpenampilan sebegini. Hari ini, Yoori memang nampak lain. Rambutnya yang dulu kerinting di hujung kini sudah lurus. Malah, pakaiannya kini juga jauh lebih feminin. Siap beranting-anting!

"Bukan selalu dapat buat benda ni tau. Jadi, kalau kau tak habiskan, kasik kat aku," ujar Yoori dengan senang hati.

Sebaik-baik sahaja melabuhkan punggung, Yoori mula menikmati pencuci mulut itu. Kadang-kadang, dia seperti naik lif tekan sendiri. Maksud penulis, dia memuji air tangannya sendiri.

"Kau... nampak gembira semacam hari ni," ulas Eli.

"Hmm? Ketara sangat ke? Hahaha... Mana ada. Biasa je."

"Kau happy macam ni sebab... keluar dengan Hiro semalam ke?"

"Eh? Mana kau tau?"

Eli teragak-agak memberitahu.
"Yoona beritahu." Dan itulah maksudnya tipu sunat.

"Yoona memang tak pandai simpan rahsia," gerutu Yoori.

"Kenapa itu perlu jadi satu rahsia?" Eli sedikit terkesima.

Yoori tersengih-sengih. Entah. Dia tidak ada jawapan.

"Kau... seronok dengan Hiro?" Eli bertanya serius.

Yoori sudah kaget. Dia tidak berminat untuk membincangkan soalan ini.

"Ya... Kau macam detektif tahu. Okey. Sebenarnya, aku cuma terpaksa keluar dengan dia. Kau pun tahu kan, kedai aku ni nyaris-nyaris nak kena tutup. Jadi, aku tak ada cara lain selain minta bantuan Hiro. Tapi, dia kenakan syarat. Temankan dia keluar semalam," ujar Yoori dengan harapan dapat menjelaskan keadaan.

Eli gelak halus. Sinis. "Dalam gambar tu, kau tak nampak macam 'terpaksa'," ujar Eli perlahan.

"Apa?" Yoori kurang jelas.

"Hmm... Tak ada apa-apa."

"Oh, okey," balas Yoori selamba sambil menyuap sesudu lagi strawberry shortcake dari piringnya.

"Ya, aku yang ajak kau berbual. Sejak pagi hari ni, apa pasal kau macam nak mengelak daripada aku?" tanya Yoori.

"Tak ada apa-apa."

"Kau buat aku risau aje, tau. Ingatkan kau merajuk ke, apa ke." 

"Kau ingat aku ni budak kecik ke nak merajuk-rajuk ni semua. Chh... Mengada-ngada."

"Kau fikir budak kecik aje ke yang pandai merajuk? Alangkan Lee Yul pun pandai merajuk."

"Lee Yul?"

"Isy... Yang dalam teater Goong tu la.."

"Kau.. tonton teater?"

Yoori mula nampak kaget. "Aku... aku baca kat surat khabar. Ramai orang puji teater tu. Katanya, best!"

Yoori sudah tidak layak menipu sebab Eli sudah tahu.

Eli malu. Betullah kata Yoori. Dia barangkali merajuk. Tapi istilah itu nampak tidak maskulin langsung. Bukankah lebih elok disebut... cemburu?

Apabila lelaki jatuh cinta, siapa pun akan mudah cemburu, melihat perempuan yang didamba, bermesra dengan lelaki selain dia...

7 komen:

sarahaikal said...

keep writing!!!heeeeeeee

Haruno Hana 하나 said...

hoho
Eli jealous ma...
sambung2^^

Hasif Hamsyari said...

sarahaikal> insya-ALLAH... I'll keep writing 'till the end. =)

Hasif Hamsyari said...

kak hana> huhu... okey2..

wAtashiwa Nemo-cHan said...

uh? knp terasa n3 kali nieh agak2 pendek berbanding dengan yg len2? ke perasaan akak je? <--- er.. baru ku fhm perasaan org lain yg menunggu kisahku disambung... alahai... keciwa pula....

er... sebelum akak terlupa... tak pasti bab yg mana... tp... kalau ikut kefahaman akan cerita nieh berlatar tempatkan korea kan hasif? tp.. musykil pula... korea ada manggis ke? hihih... maybe hasif terlepas pandang... tp.. xkisah la... halalkan saja.. sbb citer nieh best... lalalala....

hurm.... next next next.....hihihi.... <--- banngga lak berjaya marathon citer nieh malam nieh jer... hahaha....

wAtashiwa Nemo-cHan said...

lupa lak... si kibum itu xkluar lagi erk? huhuhu.. ternanti2 plak buah hati ku yang satu itu....

Nisa Kay said...

alahaiii x sedar dah bab 8.. ahahah gigih betol sy baca 8 bab dalam satu malam. ehheh suke laaa citer nih!! ehhehe
keep writingggg :D

Post a Comment

Wanna Be Your Love Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino