Bab 7

Saturday, February 26, 2011

TEMPAT pertama yang mereka tuju ialah di Myungdong. Lokasi ini antara lokasi yang sangat terkenal dalam kalangan pelancong dan ia juga sentiasa sibuk baik pagi, petang mahupun malam.

Yoori rasa kekok gila. Berjalan berdua-duaan dengan Hiro terasa macam satu perkara paling aneh lagi janggal dalam hidupnya. Rasa tak setaraf langsung.

Yoori elak daripada berjalan di sebelah Hiro. Jadi, dia jalan di belakang Hiro. Hiro kerap tarik Yoori supaya berjalan sama-sama dengannya tapi lumrah seorang Yoori, apabila malu dia akan menjadi keras kepala. Degil dan tak akan mendengar kata sesiapa. 

Hiro yang bengang sudah tidak kuasa mahu mendesak. Kalau macam inilah keadaannya, sampai bila pun mereka berdua akan berkunci mulut. Mana mungkin mereka boleh berbual kalau Hiro di depan dan Yoori berjalan di belakang? 

Yoori. Naif sungguh hari itu.

Mereka menikmati *kalguksoo, dan menikmati pencuci mulut berupa aiskrim tiramisu dan kek aiskrim juga. Oh! Oh! Pelengkap untuk ziarah kali ini, Hiro turut belanja Yoori makan strawberry shortcake kegemarannya. Dalam soal makan, Yoori memang pantang kalah.

Mereka turut ke pusat pakaian paling terkenal di Seoul. Dalam rela terpaksa, Yoori dibelikan pakaian-pakaian cantik yang tak pernah diperolehnya selama ini.

Hanya selepas dijamu dengan makanan-makanan enak, Yoori sudah mampu berjalan di sebelah Hiro. Aneh. Belanja Yoori makan semacam mahu mengumpan budak kecil, walaupun bukan itu yang diniatkan Hiro sejak awal-awal lagi.

Mereka menonton wayang. Gaduh kecil pilih filem punya pasal. Black Swan antara cerita pilihan Hiro. Atau paling tidak pun, I Am Number Four! Tapi Yoori mahu filem romantik melankoli atau setidak-tidaknya pun cerita yang ada hero handsome macam Jung Yunho TVXQ yang diminatinya sejak azali.

Hiro bengang. Tapi akhirnya dia menurut permintaan Yoori. Merelakan diri tidur dalam dewan panggung sementara Yoori menghabiskan bertih jagung dan mengumpul air mata dalam botol air mineral tidak bertutup. Nasib Hiro bila bangun terasa haus. Dan minum langsung tersembur. Dia dimarah penonton di barisan hadapan.

Yoori buat dajal. Hiro yang sudah keluar duit dianggap tak kenal.

Dan kemudian mereka ke Namsan Tower, mercu tanda Kota Seoul yang paling terkenal. Hiro juga heret Yoori ke Teddy Bear Museum dan dapatkan patung Alfred dalam teater Goong yang bakal mereka tonton malam ini untuk Yoori.

DALAM masa yang sama, Eli terus berusaha mengumpul sejumlah wang untuk menyelamatkan kedai buah-buahan keluarga Yoori. 

Dia tidak mahu membuang masa dengan kerja dengan lokasi yang jauh-jauh. Disebabkan itu, dia bekerja hanya di sekitar Myungdong. Eli tekun bekerja, sampai tidak sedar. Beberapa kali juga Hiro dan Yoori melintasi kedainya.

"AKU tak faham, kenapa waktu sekolah rendah dulu, kau selalu rapat dengan orang yang... yang nerd, miskin, selekeh macam aku? Padahal, kau kan anak orang kaya. Seribu kali ganda lebih kaya daripada aku."

Usai bersuara, Yoori menghisap lagi aiskrim potong perisa jagung itu. Yoori berjalan sambil pandang kaki. Hiro melangkah sambil pandang muka Yoori.

Kata-kata Yoori sangat menyentuh hati Hiro. Sepanjang dia mengenali Yoori, dia sangat faham dengan kenaifan gadis ini.

Mereka berdua mendekati sebuah pondok kecil di tepi tasik itu. Hiro melabuhkan punggung di atas bangku di situ sambil menghisap-hisap aiskrimnya. Sama seperti Yoori. Berperisa jagung.

"Aku anak orang kaya, kan? Jadi, suka hati akulah nak buat apa pun. Nak kawan dengan siapa, nak bercinta dengan siapa..."
Yoori terlepas batang aiskrim. Aiskrim itu jatuh ke tanah. Mencair.

Hiro terperanjat. Dia lekas bangkit lalu mencangkung memerhatikan aiskrim itu. Keadaannya semacam melihat seekor kucing comel mati bunuh diri.

"Aisy! Kau ingat murah ke aiskrim tu?!" katanya sambil toleh muka pada Yoori.

"Erk... Mahal ke? Tadi, kau hulur seringgit je kat makcik yang jual aiskrim ni?"

Seringgit untuk dua batang aiskrim. Seringgit bahagi dua batang aiskrim sama dengan lima puluh sen sebatang. Ini 'algebra' fahaman masyarakat tadika. Tapi, ini implimentasi ABC bagi orang dewasa seperti mereka.

"Jadi pada kau, lima puluh sen tu kira murahlah?" Hiro tetap tidak berpuas hati. Kalaulah dia sekejam Goo Jun Pyo si jutawan Forbes versi tipu, sudah lama disuruhnya Yoori menjilat semula aiskrim itu tanpa sedikit pun sisa - kecuali air liurnya.

"Err... Sorry?"

"Aisy..."

Yoori pandang dengan raut muka bersalah. Malas mahu melayankan perangai kebudak-budakan Hiro, Yoori buat-buat selamba. Dia mencebik bibir sambil bermain-main dengan hujung rambutnya.

"Kau tak nak pujuk aku?" Hiro tiba-tiba menjadi jauh lebih naif berbanding Yoori hari ini.

"Tak kuasa aku."

"Jadi kau nak aku pujuk kau? Gitu?"

"Tak layan!"

Hiro mendecit sambil garu belakang tengkuk. "Jomlah makan aiskrim aku ni. Kita kongsi, okey?"

"Isy... Tak lalu! Geli!" Sebab aiskrim itu sudah dihisap, dijilat dan digigit Hiro. Gila ke mahu berkongsi? Lagipun, aiskrim itu cuma berbaki tidak sampai separuh daripada batang aiskrim itu.
"Cepatlah!" kata Hiro, semacam mendesak sambil menyuakan aiskrim itu.

"Isy... Otak kau masuk air ke?"

KIRA-KIRA 12 minit perjalanan dari Namsan Tower, mereka tiba di National Theatre of Korea. Poster Goong ditampal merata-rata dan kebanyakan penonton sudah mula memenuhi ruang legar stadium teater bertaraf antarabangsa itu.

Paling bikin Yoori teruja sudah tentulah dengan watak utamanya. Yunho TVXQ. 

Hiro naik jemu bila Yoori tidak habis-habis bercerita tentang Yunho. Juga dengan kekesalannya apabila dapat tahu TVXQ kini hanya tinggal dua ahlinya. 

Sebagai teman bicara, Hiro tadah telinga. Tapi dia tidak layan sangat. Sengaja bikin Yoori sedar yang dia tidak berminat tapi Yoori makin galak pula bercerita.

Dalam pukul 8.00 malam, mereka pun masuk ke panggung teater.

HIRO hantar Yoori pulang ke rumahnya malam itu. Hari ini, hari paling luar biasa baginya. Dia dapat cipta pengalaman hanya berdua-duaan dengan Yoori. Bila dibayangkan, mereka memang tidak ubah macam pasangan kekasih. 

"Terima kasih sebab belanja aku semua ni," kata Yoori sebaik-baik sahaja keluar daripada perut kereta itu.

"Tak apa. Bukannya selalu."

"Jadi, boleh tak?"

"Hmm??" Hiro tidak mengerti.

Yoori mendecit. Takkan mahu disuarakan lagi. Dia malu!

"Pasal... pinjam duit kau tu?"

"Ooh..." Hiro terangguk-angguk.

"Berapa semuanya?"

Dan Hiro dengan tenang mengeluarkan dompetnya, menghulurkan sejumlah wang yang lebih dari cukup. Wang itu kemudian bertukar tangan.
"Terima kasih."
"Sama-sama."

ELI lari-lari anak dengan rasa hati yang cukup senang menuju ke rumah Yoori. Dia berjaya mengumpulkan sejumlah wang yang cukup untuk menebus kedai buah-buahan keluarga Yoori.

Langkah Eli perlahan-lahan terkaku, seiring dengan senyumannya yang berubah rona. 

Dia melihat sejumlah wang bertukar tangan antara Hiro dan Yoori. Dan Yoori pula ketika itu memakai pakaian yang cantik dan boleh dikira mewah. Begitu juga dengan beg-beg jenama pakaian popular yang diletakkan di atas tanah.

Eli pandang sampul surat berisi sejumlah wang, hasil kerjanya sepanjang dua hari ini. 
Betapalah kalau mahu dibandingkan dengan Hiro. Dia sangat daif. Eli tanpa dipinta mencermin diri sendiri. Dia malu. Dengan sejumlah wang kecil ini, tidak layak rasanya dibandingkan dengan jumlah wang yang dibelanjakan Hiro untuk Yoori.

Melihatkan usaha kerasnya sia-sia dan tidak berguna lagi, Eli berpatah langkah, berjalan dengan hati tersayat, cukup kecewa... Kalaulah wang-wang di dalam sampul surat itu tidak lebih hanyalah kertas-kertas biasa saja, sudah lama Eli mahu buang di tepi jalan. 
____________________
KAMUS

*kalguksoo - sejenis hidangan mi Korea

5 komen:

Haruno Hana 하나 said...

hoho
my hubby ada dalam ni~
Yunho~
XD

Hasif Hamsyari said...

Tulah. time tulis yunho, teringat wifeynya. Kak Hana. haha

Sabrina SMS said...

Best gila cerita ni! Sweet! =D Sambung-sambung. ;)

Hasif Hamsyari said...

TQ.. Sangat gembira awak suka! insya-ALLAH, akan sambung dalam masa terdekat.

wAtashiwa Nemo-cHan said...

ha... tang nieh akak ternampak si JGS tuh tengah jalan tunduk kepala keciwa mcm kucing xdapat frieskis... hahahahah....

sooooo cute la hasif... kee it up.... next!!! wosh~~~

Post a Comment

Wanna Be Your Love Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino