Bab 1

Saturday, January 1, 2011


"KAU orang nak buat apa lepas ni?" tanya Eli.

Yoori, Hiro, Kibum dan IU memandang Eli serentak. Hiro yang sedang makan buah tembikai juga langsung tidak bergerak. Kawan mereka yang seorang itu nampak terpinga-pinga apabila empat pasang mata itu langsung memandangnya sebaik dia mematikan ayat.

"Hmm... Itulah... Ayah aku suruh sambung studi. Tapi, entahlah. Aku rasa malas dowh," respons Hiro.

Kibum pandang IU. IU tidak perasan pandangan Kibum. Sejenak, Kibum melarikan pandangan lalu berkata, "Samalah. Aku sendiri belum pasti nak pergi mana lepas ni."

"Kau IU?" tanya Kibum.

"Aku... Mungkin sambung kot."

"Kenapa kau orang semua sama ah? Tak pasti... Tak pasti... Ultimate gila kan semangat setiakawan kita ni?" Eli rasa aneh. "Yoori?"

Hari ini, hari terakhir mereka di sekolah menengah ini. Majlis Graduasi baru sahaja tamat dan lima sekawan ini pun sudah mengisi perut masing-masing dengan makanan yang disediakan. Kini, mereka duduk bersantai di bangku dekat kantin sekolah.

Yoori senyum manis. "Kalau boleh, aku nak sambung studi. Tapi, rasanya, aku kena jaga kedai buah ayah aku tu. Kumpul duit dulu..." tutur Yoori.

Yang lain mengangguk.

"Tapi, sampai bila kita semua akan jadi macam ni?"

"Hmm?" Yoori tidak mengerti.

"Kau ngarut apa ni?" Kibum pun sama.

"Tss.... Hmm.. Maksud aku, kita semua dah studi, berkawan sama-sama sejak sekolah rendah. Sampai sekarang, kita still sama-sama."

"Kau ada masalah ke kalau macam tu?" Hiro ragu-ragu. Buah tembikai yang dipotong kecil-kecil itu digigit lagi, penuh selera.

Hiro... Dia seorang lelaki yang sangat menjaga penampilan. Tapi lagak control machonya langsung hilang apabila berkaitan dengan makanan lagi-lagi buah-buahan.

"Bukanlah macam tu... Tapi.. aku cuma... tertanya-tanya. Sampai bila kita semua akan kekal macam ni. Apa akan jadi bila... bila masing-masing dah ada famili. Dah ada kerjaya... Lagipun, sampai bila kita semua akan terus tetap kat sini? Iya tak?" Eli menyuarakan persoalannya.

Sejujurnya, Eli sendiri tidak mahu persahabatan yang sudah lama terjalin ini terpisah. Terpisah. Itu yang paling ditakutinya.Semua orang pernah dengar pepatah ini. 'Di mana ada permulaan, di situ ada pengakhiran.' 'Setiap yang bermula, pasti akan ada akhirnya.' dan bermacam lagi pepatah yang hampir serupa.

"Kau bosan?" Spontan Kibum bertanya.

"Mana ada! Sikit punya risau aku kalau kau orang tak ada nanti, tau?"

Yoori, Hiro, Kibum dan IU tidak tahu sejauh mana kejujuran Eli menuturkan ayat itu. Akan tetapi, dari ekspresi dan nada suaranya yang mendatar, mereka tahu, Eli yang periang itu sedang serius kala ini.

Lima sekawan itu mendiamkan diri. Merenung. Aneh. Terasa canggung seperti baru pertama kali berjumpa.

Mereka biasa kecoh bila ada waktu senggang. Tapi kali ini, mereka tiba-tiba jadi diam. Hingar-bingar kantin kala itu juga tidak diendahkan. Masing-masing tunduk dengan ekspresi muka yang sukar digambarkan. Yoori pandang kaki. IU pandang epal hijau yang sedang dimakannya. Hiro makan tembikai sambil pandang makcik kantin berniaga. Kibum... pandang tong sampah hitam?

Hanya Eli seorang yang memerhatikan wajah setiap antara mereka. Satu per satu. Jelas sekali mereka tidak senang dengan apa yang baru dia ucapkan. Sesal sedikit jadinya dia.

"Erk... Ehem.. Ehem.. Emm... Aku ada sesuatu nak minta tolong korang. Boleh?" Yoori memecahkan suasana yang 'awkward' itu.

"Apa dia?" Hiro teruja ingin tahu.

"Aku... mungkin pindah rumah tak lama lagi."

"Pindah?!" Hiro, Eli, Kibum dan IU panik serentak.

"Kat mana?"

"Jauh ke?"

"Kenapa nak pindah?"

"Kenapa baru sekarang kau bagitau?"

Das peluru berpandu baru sahaja dilepaskan bertalu-talu.

"Tak jauh pun. Dekat-dekat sini jugak. Aku cuma nak mintak tolong korang... tacapkan rumah sewa baru aku nanti boleh? Korang pun fahamkan. Ayah aku... kena kerja kat kedai buah tu. Lagipun, dia tak sihat sangat. Tak boleh buat kerja berat-berat..."

Hiro tarik nafas lega. Eli dan Kibum juga. IU cuma mengangguk. Itu lebih baik daripada Yoori pergi jauh dari mereka.

"Boleh je..." kata Kibum, tanpa kompromi.

Masing-masing nampaknya sedang menyesuaikan diri semula. Tapi keadaan janggal itu berterusan semula selepas itu.

*****

YOORI pulang ke rumahnya petang itu dengan menaiki basikal. Dia ditemani Hiro dan Eli. Kibum pulang dengan menaiki kereta. Begitu juga IU.

Tiada seorang pun yang faham dengan Hiro. Walaupun dia seorang yang hidup dalam kelas elit, dia lebih suka untuk hidup dengan cara lebih rendah daripada itu. Contohnya, sekalipun dia punya kereta mewah siap mempunyai pemandu upahan, tapi dia lebih selesa untuk berbasikal.

Tiba di suatu simpang, Eli meninggalkan mereka. Dia melambaikan tangan sebelum kelibatnya mula menghilang.

"So, apa plan kau lepas ni? Takkan jual buah kat kedai kau tu je kot?" tanya Hiro, memecahkan suasana.

"Entah. Mungkin buat sementara waktu ni, aku jadi tutor sementara kot. Dapat ajar budak-budak sekolah rendah pun jadilah," balas Yoori sambil mengayuh basikalnya lambat-lambat.

Hiro mengangguk sambil mengembungkan mulutnya. Dia sangat mengerti dengan kesukaran hidup yang dilalui Yoori. Gadis manis itu hidup bersederhana dalam apa jua hal.

"Boleh aku tanya kau satu perkara?" tanya Yoori.

"Kau tak pernah mintak izin daripada aku pun sebelum ni. Perlu ke kau mintak izin sekarang?" gurau Hiro.

Yoori buat muka kosong. Di fikirannya masih terngiang-ngiang akan kata-kata Eli.

"Bila kau nak kahwin?"

Mata Hiro membulat. Reaksinya macam tercekik sebiji buah mangga. "Kenapa kau tanya soalan rahsia kerajaan tu?"

"Tak ada apa-apa. Cuma.. aku asyik terfikir kata-kata Eli tadi. Sampai bila kita semua akan kekal macam ni?

"Kau... tak payah fikirkan sangat cakap mamat tu. Sumpah tak masuk exam. Lagipun, aku jamin, kita semua akan kekal macam ni sampai dah tua ganyut sekalipun. Asalkan kau tak lupa nama aku, itu dah cukup."

Yoori pandang muka Hiro dalam-dalam. Hiro tidak pernah serius dalam apa jua keadaan. Kalau ada pun, jarang-jarang. Hiro membalas pandangan Yoori dengan sengih nakalnya.

Yoori menoleh ke depan semula. "Aku perlukan sepuluh tahun lagi untuk aku bercakap dengan kau sebagai orang dewasa, tau?"

Hiro gelak.

*****

RUMAH sewa baru keluarga Yoori tidak ada banyak beza dengan rumah sewa lamanya. Cuma rumah barunya ini terletak di tingkat paling atas dan memiliki koridor yang cukup luas. Cukuplah untuk melontar pandangan sekitar kawasan kejiranan ini.

Dari sini boleh nampak rumah banglo Hiro. Depan sedikit itu rumah IU yang tersergam megah. Belakang sikit dari rumah Hiro ada rumah Eli. Tapi rumah Eli setakat nampak bumbung. Tersorok. Manakala rumah Kibum agak jauh sedikit. Yoori perlu ke arah timur untuk melihat rumah Kibum.

Dalam pukul 10 pagi hari Sabtu itu, lima sekawan itu sudah berdiri tegak menghadap rumah baru Yoori. Yoona, adik Yoori yang berumur 12 tahun itu juga turut membantu. Dia berdiri di antara kakaknya dengan Eli. Yoona memang rapat dengan Eli yang sudah dianggap semacam abang kandungnya sendiri.

Rumah itu kelihatan macam loteng terbiar. Dari luar, rumah itu nampak sekecil bilik sahaja. Tapi di dalamnya, nampak luas pula. Macam khemah filem Harry Potter, kan?

"Kat mana kita nak mulakan dulu?" tanya Kibum, agak teruja. Sudah lama dia tidak memegang peralatan-peralatan mengemas rumah. Di tangannya yang sudah tersarung sarung tangan sudah tergenggam berus cat. 

"Dalam dulu?" cadang Eli.


"Okey. Dalam dulu."

Dan lima sekawan itu serta Yoona sama-sama membahagikan tugas. Kertas-kertas surat khabar dibentang di setiap tepi dinding agar tidak mengotori lantai. Wallpaper lama yang sudah pudar disiat dari dinding. Lebih kurang 20 minit kemudian, cat alas mula disapu pada dinding.

Warna merah jambu lembut mendominasi ruang rumah itu. Pada beberapa bahagian, wallpaper baharu dengan imej buah-buahan ditampal lalu dilurut supaya melekat dan dibiarkan untuk beberapa ketika.
Lima sekawan itu menikmati waktu terluang itu sebaik-baiknya. Sesekali, mereka tertawa gembira dengan lawak-lawak pecah perut yang direka mereka. Yoona juga seronok membantu.

Usai menyiapkannya, mereka menikmati mi ramen untuk mengisi perut sebelum menyambung tugas dengan membawa masuk perkakas rumah.

 TUTOR PERIBADI DIPERLUKAN
UNTUK PELAJAR 12 TAHUN
Sila hubungi: 0**-***********
Alamat: Villa Chaensung ....

Yoori rasa aneh. Baru semalam dia menyatakan hasrat untuk menjadi tutor. Selain bapanya, satu-satunya orang dia beritahu ialah Hiro. Hmm... Tak mungkin dalam sehari saja dia sudah mendapat tawaran untuk menjadi tutor.

Dada Yoori penuh dengan syak wasangka. Siapa yang sanggup menghantar tawaran kepadanya, dengan menaiki tangga empat tingkat di depan pintu rumahya?

8 komen:

Nina Aziz said...

best la hasif!! nk lgi hehehhe
happy new year!!

Hasif Hamsyari said...

TQ.. =D
Happy New Year gak!

miss aina said...

wahhh smbung lagi ya!!!

Hasif Hamsyari said...

yup. insya-Allah.. :D

Anonymous said...

besh2...

Hasif Hamsyari said...

anonymous> TQ..

Nor Azlina said...

i like it!hehe...

aksara said...

keep it up.suka la cter awk!

Post a Comment

Wanna Be Your Love Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino