Semua cerpen akan berpindah ke Portal Ilham!

Tuesday, September 16, 2014

Assalamualaikum...

Saya dengan dukacita mahu umumkan penutupan blog ini berkuatkuasa bila-bila masa daripada sekarang. Haha. Setelah memikirkan banyak faktor, saya tak dapat update blog ini selalu. Iyalah, idea yang berkualiti bukan setakat ilham datang sepintas dan terus ditulis di atas kertas. Perlu diteliti, disusun dan diperhalusi. Cewah... Yang sebelum-sebelum ini pun manalah berkualiti pun. Haha.

Tapi, SUKACITA SAYA MAKLUMKAN, setiap cerpen akan saya muatnaik ke Portal Ilham Karangkraf.

KLIK SINI untuk baca cerpen Ke Hadapan Awak di Portal Ilham

Kenapa saya bertindak demikian? Sebab saya jarang update blog ni. Jadi blog ni selalu nampak 'mati'. Saya pindah ke Portal Ilham sebab situ selalu update, jadi taklah nampak 'kematian' itu sangat. Haha.

Lagipun, skop pembaca di Portal Ilham sangat ramai! Jadi mahu turut sama join dan berkenal-kenalan. Kalau korang suka menulis pun, jemputlah sertai Portal Ilham juga!

Saya jugak sedang siapkan novel baru. Mungkin sampai 50% siap ke baru saya akan muat naik bab demi bab. So harap korang looking forward untuk novel seterusnya!

UNTUK TAHU UPDATE TERUS DARIPADA SAYA

1. LIKE Facebook Page ini: KLIK SINI
2. FOLLOW Instagram saya: KLIK SINI

Terima kasih atas sokongan korang selama ni! Moga ukhwah kita takkan berhenti setakat ni. :)

Wanna Be Your Love Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino