Bab 5

Wednesday, February 2, 2011

YOORI menuntun basikal untuk turun dari bukit itu. Kalau dia menaiki basikalnya juga, bimbang terbabas dek cerunnya yang agak curam.

Tiba-tiba, sebuah kereta mewah masuk ke simpang menuju ke villa Hiro. Yoori cepat-cepat menghimpit ke tepi. Yoori menyoroti matanya ke arah kereta itu mendaki bukit lalu ditelan pagar Villa Chaensung.

"Itu... macam kereta IU je?" agak Yoori. Malas mahu memikirkannya, Yoori menuntun basikalnya kembali dengan perasaan senang hati.

IU terperasan kelibat Yoori dari dalam kereta itu. Dia terkejut. Tidak menyangka akan bertembung dengan Yoori di hadapan villa Hiro. Mujur cermin keretanya gelap. Yoori barangkali tidak akan perasan dia berada di dalam perut kereta itu. Melainkan kalau dia kenal kereta ini ialah kereta yang selalu digunakan IU pergi dan balik sekolah.

"Macam mana dia boleh ada kat sini?" bisik IU pada diri sendiri.

"TUAN, Cik IU telah sampai," beritahu pembantu itu.

Hiro nampak serba salah.

"Hiro!"

Hiro lekas berpaling. IU sedang tersenyum manis memandangnya dengan membawa sekotak kek terjinjing di tangan kanan.

Hiro membalas senyuman itu dengan senyuman terpaksa.

Mereka kemudian duduk di meja dapur. IU di hadapannya sedang memotong kek anggur yang kecil itu lalu diletakkan di atas piring kecil. Setelah meletakkan garfu, kek disua kepada Hiro.

Hiro menyambut perlahan. "Terima kasih," ucap Hiro sambil menundukkan sedikit kepalanya.

Situasi kala itu jelas sangat kekok. Lagi-lagi Hiro. Sejujurnya, dia tidak menyenangi kehadiran IU.

Bukan mahu masuk bakul angkat sendiri, tapi Hiro merasakan yang IU seolah-olah berusaha untuk mencuri perhatiannya. Kalau tidak, manakan dia sanggup untuk singgah ke Villa Chaensung setiap hari minggu? Malah tidak lupa pula membawa buah tangan.

Dong Jun, adiknya memang menerima kehadiran IU dengan senang hati. Tapi pada Hiro, keadaan itu sesungguhnya sangat merimaskan.

"Makanlah," pelawa IU apabila melihat Hiro mengelamun.

Hiro mengangguk. "Kau ada apa datang sini?" tanya Hiro.

IU tunduk sambil matanya terpejam-pejam. "Tak ada apa-apa. Cuma mahu sambut kebebasan kita selepas tamat jadi pelajar sekolah tinggi."

"Kalau macam tu, kita sepatutnya sambut ramai-ramai."

IU pura-pura sibuk. Dia memotong kek lambat-lambat lalu diletakkan sekeping lagi di atas piringnya.

"Yoori... datang sini ke tadi?" tanya IU. Sejak terserempak Yoori tadi, fikirannya sangat terganggu. Kenapa Yoori berada di situ? Dan bagaimana dia boleh sampai ke situ? Atas tujuan apa dia ke situ? Kalau boleh, semuanya IU mahu tahu.

"Err... Hmm... Ya." Hiro enggan menipu.

"Untuk apa?"

"Tak ada apa-apa." Hiro enggan memberitahu.

"There's must be something important, right? Kalau tak, tak mungkin Yoori boleh sampai ke rumah kau, yang tak pernah dia tahu," kata IU.

Hiro tidak memberi apa-apa respons.

"Maaf, IU. Tapi... lepas ni, kau jangan datang rumah aku lagi boleh? Maksud aku, kau boleh datang kalau ada apa-apa majlis kat rumah ni. Dan aku sendiri akan jemput kau."

Bicara Hiro bikin IU tersentak. Hampir terlepas garfu di genggamannya.



"Kau okey?"

IU tidak terus membalas. Sebaik sahaja mendengar kata-kata Hiro, IU terasa gila sebak. Tangkai hatinya macam terpatah dua.

"Err... Hmm.. Aku okey. Salah aku jugak. Buat kau tak selesa selama ni," balas IU sambil tergelak di tengah bicaranya.

"Bukan aku tak selesa. Aku okey. Cuma... Keadaan ni rasa aneh kalau tak ada Yoori, Eli dan Kibum. Kau pun mesti faham, kan?"

Hiro berasa sangat serba salah. Dia cukup risau kalau-kalau hati IU tersinggung gara-gara apa yang telah diluahkannya tadi. Iyalah. Siapa yang tidak sedih kalau dihalau? Terasa diri sangat tidak berguna dan menyusahkan. Lainlah kalau dihalau untuk gurauan.

"Okeylah. Kalau macam tu. Aku balik dulu."

IU lekas angkat punggung. Tas tangannya dicapai. Dua keping kek yang tidak sampai suku pun dimakan, ditinggalkan.


Habislah. IU macam merajuk je!

"JJ... Jangan nak pergi sekarang. Sekurang-kurangnya, habiskanlah kek ni dulu," tegah Hiro dengan rasa kaget.

IU berhenti melangkah.

"Tak apalah. Aku buat bukan untuk aku. Tapi untuk kau dan Dong Jun," ujarnya tanpa memalingkan wajah. Dia membuka melangkah semula. Kali ini lebih laju.

IU malu. Dirinya semacam tidak bermakna di mata lelaki itu.

Hiro tidak berdaya untuk menghalang. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus laju. Dan kemudian dia terperasan dua tiket untuk sebuah teater terdampar di atas meja itu.


YOONA berjalan lemah. Tidak jadi dia mahu ke kedai buah-buahan keluarganya. Dia masih terkejut apabila secara tidak sengaja mendengar yang kedai itu akan ditutup.

Batu-batu kecil di sepanjang jalan disepak-sepak. Wajahnya memuram.

"Yoona!" Satu suara mengejutkan Yoona. Dia lekas mengangkat muka.

"Kak Yoori..."

Yoona kaku di tempatnya. Dia cuma memerhati Yoori makin mendekatinya sambil membunyikan loceng basikal berkali-kali. Yoori nampak sangat gembira.

Gadis itu memberhentikan basikalnya dekat Yoona.

"Kenapa balik?" tanya Yoori.

"Eh? Oh. Tak ada apa-apa."

"Jomlah. Kita pergi kedai sama-sama. Akak ada berita gembira ni!" ajak Yoori dengan teruja.

"Err... Tapi, kak."

"Hmm?"


"Adik... ada sesuatu nak beritahu."

"Kenapa dengan muka muram tu? Yoona kena buli ke?"

Yoona geleng kepala.


Yoona teragak-agak. Dari perbualan antara ayahnya dengan Eli tadi, mereka mengatakan supaya jangan memberitahu Yoori dan dirinya sendiri. Patut ke Kak Yoori tahu?

"Kita ada masalah, kak."

"Apa dia?"

Yoona telan liur. Dia tunduk seketika. Hatinya nekad. Yoori perlu tahu. Dia angkat muka. Moga-moga keputusannya ini tepat.

"Kedai buah-buahan ayah... akan ditutup."

Wajah Yoori spontan berubah riak.

"Tak mungkin."


BASIKAL itu terparkir dalam keadaan terbaring di atas tanah. Yoori berdiri cemas di depan muka pintu kedai buah-buahan keluarganya itu.

Eli sedang memunggah manggis-manggis. Siap diasingkan buah-buah yang sudah busuk dan tidak elok.

"Oh. Yoori," tegur Eli sambil tersenyum.

Yoori tidak pandang Eli sekilas pun. Pandangan terus jatuh pada wajah ayahnya yang baru keluar dari bilik belakang kedai.

"Ayah..." tegur Yoori dengan dahi berkerut. "Betul ke kedai ni nak ditutup?

Pak Cik Sooro nampak jelas terperanjat. Dia menghantar pandangan kepada Eli. Eli juga nyata terkejut. Macam mana... macam mana Yoori boleh tahu?

Seketika kemudian, Yoona muncul di sisi Yoori dengan muka tertunduk memandang kaki. Tidak ubah semacam orang yang bersalah.

Pak Cik Sooro dan Eli lekas membuat andaian. Yoona.




Yoori tebal muka. Tertunduk-tunduk dia cuba menyembunyikan muka. Malunya...

Perlukah dia minta lelaki itu saat itu juga. Tapi kalau tidak, bagaimana dia mahu selamatkan kedai buah-buahan ayahnya. Haisy... Dia cuma ada satu pilihan tunggal.

"Boleh kasik aku gaji dulu?" Yoori meluahkannya juga.
 

Hiro tergelak sebelum mendorongnya ketawa. "Kau ada masalah kewangan ke?"

Yoori jeling Hiro. "Ya! Kalau tak aku tak sanggup susahkan diri aku daki bukit datang sini tahu?" Yoori agak bengang. "Rumah nak kat tempat tinggi. Runtuh nanti baru tahu," celoteh Yoori pada dirinya sendiri.

"Kenapa?"

"Aku... Err... Kasik jelah! Aku janji tak mintak lagi untuk gaji bulan pertama nanti!"

Betapa terdesaknya Yoori kala itu hinggakan melampiaskan marah pada orang yang menggajinya sendiri.

"Boleh. Tapi dengan satu syarat."

"Apa syarat-syarat pulak? Kau kasik duit, aku tutorkan Dong Jun, kau tak perlu bayar gaji pertama. Beres. Haisy..."

"Habis kau fikir senang-senang je ke aku nak bagi kau gaji? Sedangkan aku belum tahu lagi hasilnya kau tutorkan adik aku. Lagipun, aku ni kan sekarang majikan kau. Kau kena ikut arahan aku!" Hiro gunakan kelebihan.

"You jerk. Yelah... Yelah... Apa syarat tu?" Yoori akhirnya mengalah. Macam manapun, dia perlu berusaha untuk dapatkan duit itu.

"Esok, temankan aku tonton teater."

7 komen:

nawirah alqadri said...

congratulations!

the story is getting cuter and cuter...hahahah!cute sgt3!!still hoping that yoori will be with eli...coz i dun like hiro!hahahah!sorry hasif!:))

keep up!!!waiting for the next chap!

Riha J said...

Cerita ni sumpah macam cerita Korea drama. Yang sebenar! Sangat sangat best, tahniah Hasif!

Unknown said...

haha
suka ngan preview dia..
:)
sambung lagi Hasif
:D

Hasif Hamsyari said...

eli? hihi.. kita tgkla macam mana. tak mau reveal apa-apa buat masa ni. nanti hilang momentum. ;)

Hasif Hamsyari said...

riha> TQ riha. =)

Hasif Hamsyari said...

kak hana> orait, kak. =)

Nemo^0^eriMo said...

hohoho~~~~~

dah lima bab akak baca... tp kan... eli itu masih dibayangi Eli UKISS... sian ko punya JGS sudah dianak tirikan oleh daku.. hhuhuhuh.....

cerita yang hebat dlm bahasa yg santai... sgt2 bagus untuk terapi minda dan mental... hahahaha... ntah per2 ntah komen ko nieh nemo... huhuhu......

k la... next chapter.... wosh!!!!

Post a Comment

Wanna Be Your Love Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino