Bab 6

Friday, February 4, 2011

YOORI berbasikal pulang ke rumahnya. Setiap kayuhan terasa berat. Dia masih terkejut dan bersedih dengan berita kedai buah-buahan keluarga mereka kini akan ditutup.

Yoori panjat tangga. Di atas koridor itu, dia melontar pandangan jauh-jauh. Dia termenung. Teringat kata-kata Pak Cik Sooro ketika di kedai itu tadi.

*****

"TUAN TANAH arah kosongkan kedai sebelum minggu depan sebab... banyak hutang sewa tertunggak." Tertunduk-tunduk Pak Cik Sooro beritahu. Dia malu. Dia malu kerana mengecewakan anak gadisnya, Yoori yang selama ini langsung tidak tahu-menahu.

"Hari ni pun dah hari Sabtu. Jadi, ayah tak rasa ayah dapat pertahankan lagi kedai ni, Yoori."

"Kenapa ayah tak beritahu Yoori selama ni!" Yoori terkilan. "Sekurang-kurangnya, Yoori boleh usahakan untuk cari duit nanti..." Mendatar sahaja suaranya.

"Maafkan ayah, Yoori," ucap Pak Cik Sooro dengan dahi yang berkerut-kerut.

"Kau tak payah risau. Aku akan tolong." Eli tiba-tiba mencelah.

Yoori pandang Eli yang menghampirinya sambil mengelap tangan dengan sehelai tuala. 

"Tak apa. Kau tak perlu susahkan diri untuk keluarga kami." Yoori menolak.

"Susahkan diri apa ke bendanya pulak. Aku ikhlas. Lagipun, sayangkan kalau kedai yang dah besarkan kau selama ni kena tutup. Tengoklah macam mana. Awal pagi esok aku akan beri duit."

Yoori tidak kuasa mahu membalas lagi. Hatinya masih tersinggung dengan sikap ayahnya yang suka sangat menjeruk perasaan seolah-olah di dunia ini dia hidup bersendirian.

Sudahnya, dia mengangkat kaki. Dengan kecewa, dia mengayuh basikal pulang ke rumahnya.
*****

"APA patut aku buat sekarang..." monolog Yoori sendiri sambil bermain dengan hujung jari-jemari.

Patutnya, dia mahu menyampaikan berita gembira kepada ayahnya yang dia sudah mendapat kerja. Walaupun hanyalah tutor sambilan, tapi gajinya boleh jadi lumayan juga!

Tapi, bila diberitahu perkara kedai buah-buahan itu hendak ditutup, semuanya tidak menjadi seperti yang diingini. Malah, dia tidak sempat memaklumkan kerja baharunya itu kepada sesiapa pun termasuk Yoona, adiknya.

Bosan mahu terus melayan perasaan, Yoori tarik nafas lalu dihembus laju. "Haisy..."

Dan tiba-tiba, matanya jatuh pada sebuah villa. Lama dipandang vila itu. Ya. Itulah vila Hiro. 

Di fikiran Yoori, tercerna sesuatu. "Tak boleh. Tak boleh." Yoori geleng kepala, tidak setuju dengan ideanya sendiri. "Tak boleh!" 

'Tapi, cara apa lagi yang patut aku lakukan?' Hati Yoori main tarik tali. Sekejap kata pergi, sekejap kata jangan. Sekejap kata mahu, sekejap kata jangan.

Yoori pejam mata kuat-kuat. Boleh gila kalau dia terus memikirkan hal itu. Dia mendecit resah lalu mengarahkan kaki menuruni anak tangga kembali, mendapatkan basikalnya lalu mengayuh ke vila Hiro semula.

 *****

HIRO peluk tubuh dengan sebelah kening terangkat. Wajah gila naif Yoori waktu itu ditatap penuh tanda tanya.

Yoori tebal muka. Tertunduk-tunduk dia cuba menyembunyikan muka. Hujung lengan bahju ditarik-tarik. Kekoknya dia saat itu. Malunya... Malu!!!

Perlukah dia minta lelaki itu saat itu juga. Tapi kalau tidak, bagaimana dia mahu selamatkan kedai buah-buahan ayahnya. Haisy... Dia cuma ada satu pilihan tunggal.

"Kau datang balik kenapa? Dah rindu aku ke?" 

Mulut Yoori lekas memuncung. Dia angkat buku lima. Cuba menyergah. Hiro tergelak.

*Gambar hiasan semata-mata
Yoori tunduk balik. Termalu sendiri. Dia perlu tahu adab meminta ihsan orang. Kena buat muka kesian sekalipun tidak boleh kalahkan Puss in Boots dalam filem Shrek itu.

"Boleh kasik aku gaji bulan pertama dulu?" Yoori meluahkannya juga. Rasa malu mendorong dahinya terkerut-kerut.
 

Hiro tergelak sebelum mendorongnya ketawa. "Kau ada masalah kewangan ke?"

Yoori jeling Hiro. "Ya! Kalau tak aku tak sanggup susahkan diri aku daki bukit datang sini tahu?" Yoori agak bengang. "Rumah nak kat tempat tinggi. Runtuh nanti baru tahu," celoteh Yoori pada dirinya sendiri.

"Kenapa?"

"Aku... Err... Kasik jelah! Aku janji tak mintak lagi untuk gaji bulan pertama nanti!"

Betapa terdesaknya Yoori kala itu hinggakan melampiaskan marah pada orang yang menggajinya sendiri.

Hiro terpandang dua keping tiket teater di atas meja makan. Dia lekas mencapai tiket itu lalu disorok ke dalam poket belakang. Yoori mula pandangnya dengan wajah aneh.
 
"Boleh. Tapi dengan satu syarat."

"Apa syarat-syarat pulak?! Kau kasik duit, aku tutorkan Dong Jun, kau tak perlu bayar gaji pertama. Beres. Haisy..."

"Habis kau fikir senang-senang je ke aku nak bagi kau gaji? Sedangkan aku belum tahu lagi hasilnya kau tutorkan adik aku. Lagipun, aku ni kan sekarang majikan kau. Kau kena ikut arahan aku!" Hiro gunakan kelebihan.

"You jerk. Yelah... Yelah... Apa syarat tu?" Yoori akhirnya mengalah. Macam manapun, dia perlu berusaha untuk dapatkan duit itu.

"Esok, temankan aku tonton teater?"

"Teater? Aku ada banyak lagi kerja berfaedah nak buat tau. Tak. Tak. Tak boleh. Aku tak nak."

"So... Sila tunggu satu bulan ya. Nanti baru aku kasik gaji." Hiro berkalih, mahu menuju ke tangga.

"Oo... Okey! Fine! Kalau tu yang kau mintak!" Hiro sudah terlebih dahulu menduga reaksi spontan Yoori itu. Dia senyum nakal sebelum berkalih memandang Yoori semula.

"Aku akan jemput kau kat rumah kau esok. Dalam pukul 9.00 pagi?"

"9.00 pagi? Mana ada teater waktu pagi! Jangan mengarut!" Yoori waspada.
Hiro gabra. Dia risau rancangannya tidak menjadi.

"Itu... Erkk.... Haisy! Tak kisahlah! Yang penting kau kena temankan aku esok jugak!"

Yoori herot bibir. "Ya, Tuan Muda," sindirnya sambil menundukkan kepala. Dia berkalih, bersedia untuk pergi.

"Jadi, tolong pakai pakaian yang cantik-cantik, okey?"

Yoori paling muka pandang Hiro. "Apa? Pakaian cantik? Ceh. Kau ingat kita nak keluar dating ke, hah?" perli Yoori dengan nada sarkastik.

*****

2.00 petang, Eli minta izin mahu keluar. Dia mengatakan kepada Pak Cik Sooro yang dia mahu berjumpa dengan seorang kenalan. Budi bahasa Eli tidak pernah terpadam. Tiada siapa minta bantuannya memberikan khidmat di kedai buah-buahan itu, tapi dengan adabnya itu, dia tetap memohon izin untuk pergi dari situ.

Eli tidak mahu lewat. Dia memang mahu berjumpa kenalan lamanya. Tapi untuk tujuan sesuatu.

Dia tidak mahu lewat. Dia tekad, dia perlu bantu keluarga Pak Cik Sooro dengan apa cara sekalipun.

Dia ke sebuah pusat beli belah terkemuka di bandar, bekerja sebagai penyebar risalah promosi kepada pengunjung-pengunjung yang lalu-lalang di hadapan kedai. Nasibnya baik, ada kekosongan jawatan ketika itu. Tapi Eli tahan pedih telinga bila si majikan merungut, Eli rupanya mahu bekerja untuk sehari itu sahaja.

Pada sebelah malamnya, Eli bekerja sebagai pelayan restoran yang cukup terkenal. Kalau difikir-fikirkan, majikan manalah yang mahu mengambil pekerja yang mahu pekerja hanya untuk sehari? Tapi, bonus Eli terletak pada kenalan-kenalannya yang bekerja di situ.

Dikira-kira, gaji Eli masih belum cukup. Iyalah... Dia perlu mengumpul sejumlah wang dalam masa sehari! Mana mungkin!

Eli yakin, kalau dia bersungguh-sungguh, dia akan dapat capai impiannya - membereskan hutang sewa kedai buah-buahan Pak Cik Sooro.

*****
HIRO pandang Yoori dari atas hingga bawah. Yoori cuma tunduk muka. Dia sangat tidak suka apabila dipandang sebegitu. Pandangan Hiro seolah-olah mahu memerincikan setiap sisi tubuhnya. Gelinya!

"Ya. Kau dah mandi ke belum?" tanya Hiro yang berdiri di sisi kereta mewahnya. Lima minit selepas pukul 9.00 pagi, kereta Hiro terus terparkir. Hiro menunggu Yoori dari bawah selepas menelefon gadis itu memaklumkan kehadirannya.

"Aku dah mandilah! Sensitif sangat ke hidung kau tu? Apa? Elergi bau busuk ke?" balas Yoori sambil jeling tajam.

"Habis tu, kau pakai baju semalam, eh?"

Yoori sengih kerang busuk. Memang iya pun. "Tajamnya mata kau."

Kalau dibandingkan dengan Hiro, mereka berdua nampak tidak padan betul. Enggang dengan pipit. Langit dengan bumi. Gagak dengan merpati. Itulah keadaannya Hiro dan Yoori!

Hiro tunduk muka. Kecewa dengan Yoori. "Kau ni betul-betul..." Hiro tidak jadi meneruskan kata-katanya.

"Dah. Masuk jelah. Siaplah kau hari ni," ujar Hiro sebelum menarik belakang baju Yoori, memaksanya masuk ke dalam kereta.

Terjerit-jerit Yoori, sangat geram diperlakukan seumpama budak kecil yang tidak pandai berdikari.

*****

BUTIK?! Hiro bawak aku pergi butik?!

Tulang ayam terasa tercekik di kerongkong. 

"Aku tak nak masuk butik ni!" Yoori luah protes.

"Siapa suruh kau tak ikut cakap aku? Ini ke 'pakaian cantik' kau? Ceh. Dengan sanggul besar penumbuk kau serupa orang pergi pasar. Sekarang padan muka."


Yoori tidak dapat berbuat apa-apa. Masuk sahaja ke dalam butik itu, dia terdiam. Ada berpasang-pasang mata menyambutnya. Kalaupun bengang dengan Hiro, sekurang-kurangnya aku kena jaga maruah diri. Jangan bikin malu lagi! Yoori mengingatkan diri sendiri.

Hiro duduk di satu sudut menunggu selepas berbual-bual dengan seorang jurumekap. Yoori dibawa ke meja solek dan didandan cantik. Dari cermin meja solek, Yoori kerap mencuri pandang ke arah Hiro.

Yoori jeling siap herot bibir apabila melihat Hiro mengeluarkan naskhah komik. "Macam budak-budak," bisiknya perlahan.

Usai didandan, Yoori dibawa ke bahagian pakaian wanita. Jurugaya perempuan yang sangat feminin itu cuba menyesuaipadankan satu demi satu baju di badan Yoori. Dia cuba memenuhi kehendak seperti mana yang diminta pelanggannya, Hiro.

"You're too beautiful even in this ordinary dress. And you're boyfriend is such a good-looking guy too. Awak bertuah, tahu?" kata jurugaya itu, jujur lagi ikhlas.

Yoori tersipu-sipu. Mana mungkin Hiro boleh jadi teman lelakinya sedangkan selama mereka bersama, mereka tidak lebih hanyalah kawan baik sahaja. Tapi, daripada menidakkan kata-kata jurugaya itu, bukankah lebih bagus tumpang bangga. Walau sedar Hiro bukan teman lelakinya pun.

"Okey. Awak dah sempurna."

Jurugaya itu kemudian membawa Yoori kepada Hiro. Hiro tekun membaca komik. 

"Tuan, Cik Yoori sudah siap," kata jurugaya itu.

Hiro angkat muka. Hiro terpana. Separuh mulutnya terbuka. Yoori dengan muka naifnya tertunduk-tunduk. Terasa lain benar bila menerima pandangan begitu. Nilah kot rasanya bila diri perasan cantik! 

Hiro berdeham. Cuba melarikan pandangan. "Terima kasih. Jom." Hiro nampak tergesa-gesa seraya tangan Yoori dicapai pantas dibawa keluar dari butik itu.

Jurugaya tadi sempat tunduk hormat.

6 komen:

Haruno Hana said...

wahahahaha~~~~
suka3
sambung lagi...
hehe
nak tau camne date diorang
tringat time Ki Bum bawak So Eun pergi butik dlm BOF~

Hasif Hamsyari said...

kak hana> hihi... TQ kak. tula. kerana heroinnya pun sama, jadi agak susah nak lari. but sy akn buat yg tbaik. =)

Riha J said...

Semakin ke sweet~

Hasif Hamsyari said...

TQ, Riha. ^^

ieyza said...

sambung2.. cpt smbg..haha.. truja nih.. adess

Hasif Hamsyari said...

orait. Insya-Allah. TQ. =)

Post a Comment

Wanna Be Your Love Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino